Sistem Pengurusan Sekolah atau EMIS Online iaitu satu sistem yang masih lagi baru diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia KPM dalam pentadbiran dan pengurusan sekolah. Sistem ini sebenarnya boleh dibahagikan kepada 3 iaitu
Modul Pengurusan Sekolah (EMIS)
Modul Pengurusan Guru (eOperasi)
Modul Pengurusan Murid (APDM)
Semuanya boleh di login melalui Single-Sign-On Kementerian Pendidikan Malaysia atau SSO KPM. Tetapi EMIS ini adalah khas untuk pengurusan sekolah sahaja dan bukan semua guru boleh mengakses atau login ke sistem pengurusan sekolah EMIS Online ini.
Klik ->>> Login EMIS Online Sistem Pengurusan Sekolah
Klik ->>> Login EMIS Online Sistem Pengurusan Sekolah SPS
Klik ->>> Login EMIS Online Sistem Pengurusan Sekolah SPS
PERLANJUTAN TEMPOH PENGESAHAN LPMS BULAN MAC 2018
1. Untuk makluman, aplikasi EMIS sedang mengalami masalah teknikal. Tindakan penyelesaian sedang dilaksanakan oleh Pusat Data Enstek (PDE) bagi mengatasi masalah ini. Sehubungan itu, pengesahan data sekolah bagi bulan Mac akan dilanjutkan sehingga 5 April 2018 (Khamis). Bagi pengguna yang tidak mengalami gangguan capaian ke aplikasi EMIS harus membuat pengesahan data sekolah bulan Mac sebelum atau pada 31 Mac 2018.
2. Segala kesulitan amatlah dikesali. Sekian terima kasih.
PENGEMASKINIAN EMIS BERFOKUS: TANDAS
1. Kemaskini Berfokus Minggu Ini. Sila pastikan semua maklumat berkaitan tandas berikut dikemaskini berdasarkan jenis tandas, pengguna, jumlah dan boleh guna.
i.Tandas Murid
ii.Tandas Guru/Staf
iii.Tandas Murid (Asrama)
iv.Tandas Guru/Staf (Asrama)
(Pengguna Tandas: Gunasama merujuk tandas dikongsi murid dan guru/staf.
2. Selamat mengemaskini data. Sekian terima kasih

No comments:
Post a Comment