SSQS (Smart School Qualification Standards)
SSQS (Smart School Qualification Standards) adalah sistem penarafan bintang yang dicapai oleh sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Tujuan pelaksanaaan SSQS adalah untuk menilai amalan-amalan terbaik bagi pembudayaan ICT di 88 buah sekolah Bestari dan diperluaskan ke semua sekolah di seluruh negara.
LOGIN SSQS >>> KLIK SINI
Aplikasi ini digunakan untuk membuat kajian dan mendapatkan maklumbalas berkaitan pembudayaan dan penggunaan ICT di sekolah. Bermula penggunaan secara manual di semua sekolah bestari dan kini aplikasi telah dibina berasaskan web dan diperluaskan bagi membuat penarafan di semua sekolah seluruh Malaysia.
Panduan Mengisi
Langkah 1 :
Sila buka Laman Sesawang (http://ssqs.moe.edu.my)
Guru IT login sebagai sekolah. Gunakan kod sekolah dan kata laluan 123 (default)
Langkah 2 :
Selepas Log In paparan di bawah akan didapati. Klik pilihan Profil Sekolah
Klik domain Lain-lain.Kemaskini data. Klik butang kemaskini.
Klik butang MyDesktop untuk kembali ke halaman utama.
Langkah 3 :
Klik pada maklumat responden.Paparan di bawah akan ditunjukkan. Guru Penyelaras IT cetak paparan ini untuk dapatkan nombor tag bagi setiap responden. Catatkan nama guru yang diberi tanggungjawab menjawab SSQS di borang yang dicetak.
Catatkan nama guru yang diberi tanggungjawab menjawab SSQS pada borang yang dicetak.
Langkah 4 :
Klik Keluar untuk keluar ke halaman utama.
Langkah 5:
Untuk responden, sila login dengan menambah huruf R di kod sekolah.
Contoh: Kod : BBA5008R(kod sekolah ditambah huruh R)
Kata Laluan: 123
Langkah 6: Ikut arahan pada paparan
Klik Pilihan Pilih Responden
Masukkan nombor Tag
Klik butang teruskan
Langkah 7: Selepas berjaya log in sebagai respondan ,soalan SSQS mengikut domain akan dipaparkan. sekiranya soalan-soalan tidak habis menjawab, butang pada domain akan kekal merah. Butang domain yang bertukar hijau bermakna respondan telah selesai menjawab. Soalan yang berakhir dengan dengan tanda * adalah wajib dijawab . Klik butang simpan setiap kali selesai menjawab sesuatu domain.
Anda dinasihatkan mencetak borang berkenaan setelah selesai mengisi semua soalan bagi memudahkan rujukan di masa hadapan.
Diharapkan perkongsian ini dapat membantu guru perpustakaan untuk mentadbir SSQS. Setiap tahun SSQS perlu dijalankan bagi menetapkan bintang pusat sumber setiap sekolah. Bagi setiausaha peperiksaan boleh rujuk SAPS untuk mengisi markah ujian.
LOGIN SSQS : KLIK SINI
Langkah 1 :
Sila buka Laman Sesawang (http://ssqs.moe.edu.my)








No comments:
Post a Comment